Posted by Unknown |

Status Pemasangan 1BestariNet Sekolah


Maklumat lanjut mengenai 1BestariNet: http://1bestarinet.net/
Data ini berdasarkan maklumat terkini sehingga tarikh 18 Mac 2014.
ZOOM, VSAT dan OCPE

a) ZOOM
Peralatan untuk capaian internet yang juga dikenali sebagai Customer Premise Equipment (CPE).  4 unit Zoom akan dibekalkan di sekolah-sekolah yang telah menerima perkhidmatan 1BestariNet.
ZOOM

b) VSAT
VSAT (Very Small Aperture Terminal) adalah stesen penerima signal dari satelit dengan antena penerima berbentuk piring dengan diameter kurang dari tiga meter. Fungsi utama dari VSAT adalah untuk menerima dan mengirim data ke satelit. 

Very Small Aperture Terminal(VSAT)
C) OCPE
Antara faktor pelaksanaan OCPE di sekolah-sekolah adalah kerana: 
i. Sekolah berada di kawasan liputan 4G tetapi mempunyai capaian signal yang lemah. 
ii. Sekolah menghadapi kekangan bagi pemasangan struktur 1BestariNet Receiver Integrated System (1BRIS). 
OCPE berfungsi untuk meningkatkan frekuensi signal 4G supaya sekolah menerima capaian internet pada kelajuan tinggi iaitu 4-10Mbps. 


Outdoor Custumer Primise Equipment (OCPE)
Apakah 1BRIS
Bagi memastikan perkhidmatan 1Bestarinet dicapai di sekolah dengan tahap capaian 99.9 %, pihak KPM telah memberi kebenaran kepada pembekal 1BestariNet untuk menyediakan infrastruktur 1BRIS. 1BRIS ini merupakan struktur telekomunikasi bagi menyediakan liputan tanpa wayar dengan teknologi 4G Wimax untuk membekalkan capaian ke sekolah-sekolah berhampiran. 


HELPDESK : Tel. 018-7998787 / Emel : moesupport@ytlcomms.my